Saturday, November 22, 2008

KTD bertemu peminat


Pada 18 hb yang lalu aku bertemu novelis masa depan. Meskipun hati masih sedih kerana kehilangan kucing kesayangan tetapi demi tanggung jawab yang digalas maka, aku gagahkan diri untuk ke majlis berkenaan. Lebih-lebih lagi aku perlu mempromosikan novel terbaruku Kau Tetap Di Hati (KTD) dengan lebih agresif. Jadi, tawaran untuk ke Perkampungan Bahasa & Sastera Melayu itu tidak kusia-siakan. Kuharap adik-adik yang mendengar ceramah ku akan benar-benar mendapat manfaat sebaiknya. Terima kasih kepada adik-adik dan fasilitator khususnya Sis Alina yang sudi membeli novel-novelku. Sila klik Bengkel untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertemuan itu.

Rebut 20 helai Baju T Liza Zahira


Buat semua peminat novel Alaf 21, jangan lupa tentang kuiz Liza Zahira yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2008. Baju T Liza Zahira sudah siap menanti pemenangnya. Jadi jangan berlengah lagi. Cepat hantarkan pennyertaan anda sekarang. Sila skrol beberapa entry ke bawah untuk mendapatkan soalan-soalan kuiz. Selamat mencuba!

Untuk tempahan Baju T sila klik CETAK T-SHIRT. Tempahan minimum 10 helai.

Pa&Ma ke-100


Pada 8 hb November, Pa&Ma telah mengadakan majlis Pra Pelancaran Pa&Ma ke-100 di Klang Parade. Majlis yang berlangsung penuh meriah itu turut mengabungkan 27 bayi yang berusia sekira 100 hari. Sebagai simbolik, tapak kaki mereka telah dicap di atas sehelai banner. Majlis tersebut mendapat kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Bandacaya Group Sdn. Bhd., Klang Parade, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan sebagainya. Ikuti liputan majlis ini dalam Pa&Ma Januari 2009 iaitu keluaran ke-100 majalah Pa&Ma.

Pa&Ma terima Anugerah


Baru-baru ini Pa&Ma telah menerima Silver Award bagi Kategori Niche dalam majlis Anugerah MPA 2008 (Magazine Publishing Association). Majlis tersebut telah berlangsung di Matic dan saya telah hadir untuk menerima anugerah tersebut. Anugerah ini bertujuan mengiktiraf cover yang dihasilkan oleh sesebuah majalah. Cover yang membawa kemenangan kepada Pa&Ma ialah Cover Mei 2007. Gambar disebelah ialah gambar team Pa&Ma.

Bulan yang penuh suka duka
















ACHO DALAM KENANGAN (Nov 2008-18 Nov 2009)

Tahun lalu, sewaktu cuti sekolah begini, anakku, Zahirah merengek mahu memelihara anak kucing. Suatu hari, ketika di ofis, aku mendapat panggilan telefon daripada Zahirah yang ayahnya menjumpai seekor anak kucing di dalam longkang. Lepas kerja aku bergegas ke Giant Shah Alam. Barang yang aku beli bukan barang dapur tapi tray untuk meletakkan pasir kucing dan makanan untuknya.

Sebaik sampai di rumah, aku meletakkan pasir di dalam tray dan si kecil itu tanpa membuang masa melepaskan hajatnya. Aku tersenyum puas. Meskipun masih kecil dia memang ‘bijak’ mengatur bahan buangannya. Sejak itu, aku menjadi pembeli pasir yang setia kerana si kecil yang kupanggil Acho akan bising kalau pasirnya sudah kotor. Maklumlah harga pasir tu hampir menyamai harga beras.

Malah, dia tidak mahu makan makanan dalam tin mahu pun biskut kucing. Dia hanya mahu ikan rebus. Bayangkan kadang-kala kami makan telur tapi dia makan ikan rebus segar. Memang cita rasa Acho sangat tinggi.

Yang paling best, Acho akan ‘menyusu’ kalau lapar. Caranya dia akan menghisap baju Zahira sampai lencun. Itu tandanya dia lapar. Mungkin dia anggap Zahira sebagai ‘ibunya’ kerana Zahira yang sering membuli dan memanjakannya. Setiap kali Zahirah ke tandas atau ke bilik mandi, Acho akan menjadi peneman di depan pintu.

Di sekitar rumahku, dia tidak ada ‘kawan’ kerana yang ada hanya kucing liar yang sememangnya garang dan sering membuli Acho. Setiap kali dia mengambil angin di luar, kami sentiasa bersedia untuk menyelamatkannya apabila diganggu si Simpol, yang kami gelar Gangster Blok 3, Seroja. Si Simpol seolah-olah cemburu dengan ketampanan Acho. Kalau Acho tidak keluar, dia pasti akan datang ke depan pintu dan mereka akan bergaduh “suara”.

Tapi bila hujung minggu, aku tetap benarkan dia keluar untuk memenuhi tuntutannya sebagai kucing jantan yang macho. Bulu Acho putih bertompok oren, memang cantik. Aku pasti, kucing betina akan tertarik padanya. Aku harap Acho mampu menyesuaikan diri bila berada di luar rumah. Biasanya kalau tidak dikerjakan oleh Si Simpol, dia akan pulang sendiri keran lapar atau hendak buang air. Paling tidak, kami akan mencarinya sampai jumpa di tempat yang dia gemar berpeleseran iaitu di bawah kereta atau di celah pokok serai.

Acho membesar dengan pelbagai perangainya yang sangat istimewa. Berlagak garang tapi berhati lembut. Setiap kali pulang ke kampung, dia kelihatan sangat gembira kerana bebas merayau dan bermain dengan kucing-kucing ibuku, Nyot & Nyet. Mereka bertiga sangat serasi.


Teman Baru

Bulan September, suamiku membawa pulang seekor anak kucing putih yang comel yang mungkin kehilangan ibu. Si kecil, aku panggil Baby Manis. Memang dia sangat comel kerana seluruh bulunya putih dan ekornya akan kembang bila rasa terancam. Matanya pula sebelah warna biru dan sebelah warna kuning. Ternyata Acho dapat menerima kehadiran si kecil. Walau pun pada awalnya dia agak janggal terutamanya bila melihat bakul kecil tempat dia tidur dulu digunakan pula oleh Baby Manis.

Memang lucu bila Acho yang sudah begitu besar, masih mahu tidur berhimpit dengan Baby Manis dalam bakul kecil itu. Selepas beberapa hari, barulah dia merelakan bakul kecilnya menjadi milik Baby Manis.

Tapi semakin si kecil membesar, nampak jelas dia yang selalu membuli Acho. Aksi yang paling digemarinya ialah Smack Down. Acho langsung tidak melawan, sebaliknya akan lari ke tempat tinggi agar tidak diganggu.

Malah, Acho hanya maintain macho walaupun makanannya selalu di curi si kecil. Bukan itu sahaja, tempat kegemarannya pun selalu diganggu si Baby Manis yang memang kuat bergurau.


Hilang 9 hari

7 November, aku menghadiri pembentangan majalah di Petaling Jaya selama 3 hari. Hari itu jugalah Acho keluar rumah dan tidak pulang-pulang. Puas kami cari tapi tak jumpa. Ku sangka dia sudah menemui teman hidupnya dan memilih untuk tidak pulang.

Hari ke-9 kehilangannya, dia pulang pada jam 3.00 pagi. Waktu itu ikan rebus sudah habis. Melihat dia kelaparan, suamiku memberikan tuna dalam tin dan biskut kucing Baby Manis. Dia makan dengan lahap meskipun kedua-dua makanan itu memang tidak digemarinya.

Keesokannya dia mula muntah. Kusangka dia hanya demam dan mungkin kerana makan biskut tersebut. Tubuhnya yang kotor dibersihkan dan luka-luka dibadannya kusapukan ubat. Hari kedua, dia mula kelihatan lemah dan muntah lagi. Kali ini dia tidak langsung menjamah ikan rebus kegemarannya.

Minumpun aku paksa dengan menggunakan straw. Aku harap dia akan pulih tapi sebaliknya keadaannya semakin teruk. Hari Selasa petang aku bawa dia ke klinik sebaik pulang dari kerja. Doktor yang memeriksa menyatakan yang Acho mungkin mengalami jangkitan virus kerana suhunya sangat rendah iaitu 32°C berbanding suhu normal antara 37 – 38°C. Dia menasihatkan agar Acho ditahan wad dan diambil sample darah.

Tapi hatiku mulai cuak. Aku ingin menjaga sendiri Acho. Lalu dia nasihatkan aku menggunakan botol air panas untuk menghangat tubuh Acho dan memujuk Acho makan. Jika tidak Acho mungkin mati. Selepas itu doktor memberikan 2 suntikan iaitu suntikan antibiotik dan suntikan menahan muntah. Kemudian, dia memberi aku beberapa biji pil untuk diberikan kepada Acho keesokan harinya.

Sebaik pulang dari klinik, aku singgah di farmasi untuk membeli botol berkenaan. Seterusnya aku ke kedai dan membeli ayam untuk direbus. Doktor kata bau ayam boleh membangkitkan nafsu makan haiwan yang sakit.

Tiba di rumah aku lakukan semua yang diarahkan oleh doktor. Tapi Acho enggan makan walau pun disuap. Suamiku membeli syringe di klinik dan kami beri dia minum susu.

Dalam keadaan lemah Acho berjalan ke bilik air. Kusangka dia hendak muntah tapi tidak. Baby Manis yang selalu kena kurung sejak Acho sakit tetap hendk bergurau dengan Acho hingga membuatkan dia tumbang. Memang Baby Manis tidak mengerti keadaan Acho yang lemah. Selepas beberapa ketika kuangkat Acho dan masukkan dia ke dalam sangkar yang sudah dilapik kain batik yang sudah lusuh dan tuala mandi lama. Di bawahnya kuletakkan botol air panas supaya tubuhnya kembali panas.

Aku masuk tidur dengan harapan Acho akan sihat kerana memang dia nampak lebih sihat selepas disuntik. Jam 2 pagi Acho ke bilik air dan muntah lagi. Sebelum tidur, suamiku memasukkan Acho kembali ke dalam sangkar untuk mengelakkan diganggu oleh Baby Manis.

Jam 3.00 pagi, aku terkejut kerana mendengar erangan Acho. Aku bangun dan melihat Acho sedang bertarung dengan maut di dalam sangkar. Aku lihat bagaimana Acho habis nyawa sedikit demi sedikit. Kulihat denyutan nadinya berhenti peringkat demi peringkat bermula dari tengkuk dan akhir sekali di kaki.

Lebih kurang jam 3.20 tubuh Acho keras sepenuhnya. Matanya yang terbuka kuraup dengan tanganku. Aku tidak mengejutkan anak dan suamiku kerana aku sedar, tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi. Sudah suratan Acho pergi pada waktu dia pulang 3 hari lalu dan genap setahun dia menumpang teduh di rumahku. Yang lebih penting, aku turut menumpang kasihnya yang suci murni.

Masa itu, sebutir pun air mataku tidak gugur. Aku hanya ditemani oleh Baby Manis yang masih terkinja-kinja hendak bergurau dengan Acho. Dia menguis-nguis ekor Acho dari luar sangkar. Waktu aku mencari kain bersih untuk menutup tubuhnya, Baby Manis masuk ke sangkar dan melakukan aksi biasa yang dilakukan sewaktu Acho sihat.

Kutarik keluar Baby Manis dan kututupi tubuh Acho dengan kain. Waktu itu, barulah air mataku keluar berjujuran. Dan aku menangis hingga tertidur semula di sofa. Aku cuba menahan air mata kerana bimbang ditertawakan oleh orang lain kerana menangisi kematian seekor kucing.

Tapi ternyata, kesedihan yang kupendam, rupa-rupanya memakan diri. Hari ini iaitu sehari selepas Acho pergi, aku menangis teresak-esak di dalam kereta (tempat aku sering melepaskan kesedihan). Hari ini aku mahu menangis puas-puas. Aku tidak mahu membendung perasaan lagi. Hingga aku memutuskan untuk menulis catatan ini sebagai ingatanku kepada Acho. Benarkah Acho kembali hanya untuk mati di depanku? Entahlah…

Meskipun Acho hanya seekor kucing tapi Acho sering membuatku ketawa dengan telatahnya. Acho sering membuatkan aku lupa tentang erti duka dan tekanan. Dengan Acho aku sering berbual tentang apa-apa sahaja. Acho, teman sejatinya yang sungguh suci ciptaan ILAHI.



































Wednesday, November 12, 2008

CUBALAH JAWAB



Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, sempena pelancaran novel terbaru saya KAU DEKAT DI HATI, maka saya membuka cabaran ini buat anda semua. Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!
MENANGI HADIAH MENARIK
20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira
Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua: Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga: Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati:
Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)
SOALAN:
1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam KTH?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?
Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan)
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………………..


Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke: liza_ktd@yahoo.com dan cc ke lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 DISEMBER 2008


KAU TETAP DI HATI



Harga: RM19.90

Penulis: Liza Zahira

Halaman: 512

ISBN: 978-983-124-394-7



Sinopsis: TERPERANGKAP di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya. Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akhirnya menjadi suami. Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya.


Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.


Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?

Saturday, November 1, 2008

Penantian Satu Penyeksaan

Benar kata orang penantian satu penyeksaan. Dua tahun saya menanti kemunculannya. Ibarat ibu yang kepingankan bayi. Begitulah resahnya hati saya. Jika tidak ada aral, "Dia" akan muncul minggu depan. Harap-harap biarlah menjadi kenyataan. Saya sudah tidak sabar lagi menanggung rindu.
Anda mungkin tertanya-tanya, apakah yang saya rindukan ini ya? Pasti anda sudah dapat meneka siapakah yang saya nantikan itu. Bagaimanakah wajahnya? Biarlah hingga "Dia" muncul di depan mata. Barulah saya akan dedahkan wajah "Dia" yang sebenarnya. Tunggu...


Sunday, September 28, 2008

KELAM KABUT SEBELUM CUTI

ALHAMDULILLAH, tanpa saya duga segala-galanya dapat diselesaikan dengan sempurna. Bermula dengan projek Novel ke-4 (Kau Tetap Di Hati), Calendar Wyeth Pa&Ma dan Pa&Ma isu Nevember. Semuanya perlu diselesaikan sebelum bercuti raya (Jumaat -26 Sept). Bayangkan orang lain sibuk bercerita tentang persiapan raya, saya masih bersengkang urat mata menggadap ketiga-tiga projek berkenaan. Memang tension.

Anak saya sudah mula bertanya, "Ibu bila nak beli baju raya?" Jawap saya, "Ibu sibuk, hari Sabtu nanti kita pergi." Nasib baik anak seorang, bolehlah shopping last minute. Kalau tidak memang haru biru. Walau pun jarak ofis dengan PKNS Shah Alam hanya sekangkang kera, memang saya tidak sempat langsug menjejakkan kaki ke sana. Setiap waktu adalah bernilai bagi saya.

Tidak sabar rasanya hendak melihat hasil usaha yang dicurahkan itu lepas raya nanti. Lebih-lebih lagi novel keempat saya yang mengambil masa lebih 2 tahun untuk direalisasikan. Novel terakhir saya ialah pada tahun 2006 iaitu Bahtera Kasih. Saya harap kali ini Kau Tetap Di Hati akan lebih diterima peminat kerana kisahnya memang dekat dengan hati kita. Pengalaman berhadapan dengan persimpangan antara A dan B, pengalaman berselisih pendapat dengan ibu, pengalaman kehilangan orang yang disayang dan banyak lagi pengalaman yang mungkin pernah terjadi pada diri anda.

Tetapi Kau Tetap Di hati bukan cerita biasa-biasa kerana telah saya garap dengan keindahan bumi New Zealand, keperitan gadis yang terpaksa menjadi "ibu tunggal" dan banyak lagi yang hanya akan anda dapati dalam novel ini. Nantikan ia di pasaran tidak lama lagi.

Lebih sadis raya ni memang bajet merudum kerana 2 tayar kereta perlu ditukar, servis perlu dilakukan, insurans & road tax dah nak tamat, belum lagi kira bajet shopping raya. Walau pun anak sorang tapi memang dah jadi tradisi untuk beri hadiah pada ahli keluarga yang memerlukan.....jadi memang melibatkan perbelanjaan yang besar. Huhuuhuu...memang tak larat nak kira dah....tapi yang penting kita perlu ikhlas...wang boleh dicari tapi kegembiraan pada Hari Raya hanya setahun sekali dan mungkin juga yang terakhir buat saya atau insan yang tersayang...siapa tahu?

Tahun ini memang saya amat sederhana dalam berbelanja, cukup sehelai baju kurung dan sehelai bluas baru. Untuk anak saya pun begitu. Yang lain-lain, mak-mak, abah-abah, along dan anak-anak buah....dapatlah sehelai. Raya pertama saya akan berada di rumah mentua di Kelana Jaya. Raya kedua baru balik Melaka.

Yang terakhir, duit raya. Anak saya dah tanya, "Ibu, baby dapat berapa duit raya?"Jawap saya, "Rahsia, mana boleh beritahu." Tapi sudah saya tunjukkan sampul-sampul raya yang sudah ditulis nama pemiliknya termasuklah dirinya. Jadi kenalah dia sabar sehingga pagi raya.

Begitulah tradisinya raya......bajet memang kena lebih. Memang duit boleh cari tapi kegembiraan dan kebahagian tidak boleh dijual beli. Yang pasti jangan sampai berhutang. Kalau kita terpaksa berhutang untuk menyediakan segala-galanya maknanya kita tidak mampu. Jadi, kenalah berusaha dan cari cara untuk tambah pendapatan agar setiap kali raya kita dapat memberi dengan lebih banyak lagi.

Nak tulis novel? Jomlah....jangan teragak-agak...serlahkan bakat anda. Tapi jangan lokek nak melabur. Belilah novel yang ada di pasaran sebagai panduan bagaimana hendak menulis dengan baik. Salam hormat, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Daripada saya,
Liza Zahira dan keluarga.

Saturday, September 13, 2008

SELAMAT BERPUASA

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Ya, sebenarnya bukan mudah untuk menjadi blogger yang gigih. Saya tabik pada mereka yang begitu komited menulis setiap hari hingga blog mereka menjadi tatapan ribuan dan jutaan pembaca. Dulu, blog dianggap sebagai medan untuk meluahkan pandangan peribadi yang bebas tapi kini, anda jangan dengan mudah memasukkan unsur-unsur yang boleh dianggap menjejaskan keamanan negara. Trend semasa sekarang, sudah beberapa orang blogger ditahan dan disiasat. Yang terkini ialah penahanan seorang blogger, Raja Petra di bawah akta ISA.

Biarlah mereka dengan agenda mereka kerana setiap percaturan politik itu ada manfaatnya kepada diri mereka. Kepada kita, golongan marhain ini, kita teruskan sajalah kerja harian kita dan jadilah pemerhati sahaja. Maaf, saya tidak bermaksud hendak menyatakan yang saya anti-politik tetapi saya sekadar ingin menjelaskan bahawa saya sayangkan negara ini dan berharap segala kemelot akan cepat berakhir dengan suasana aman.

Lebih-lebih lagi dalam suasana kita sibuk berpuasa dan membuat persiapan raya ini. Tentu kita mahukan segalanya yang berjalan lancar. Tahun ini saya rasa adalah tahun saya berpuasa dalam keadaan yang tenang. Tidak kelam-kabut kerana boleh tiba di rumah jam seawal jam 6.00 petang dan singgah di bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Juadah yang paling saya gemar ialah laksam. Di gerainya makcik tu hanya jual laksam dan nasi kerabu sahaja, kira macam 'skala besar'. Ada sebuah gerai menjual laksam yang sedap di Pasar Ramadan Seksyen 6, Kota Damansara. Pastinya orang Kelantan. Opss..saya bukan anti orang Kelantan tetapi kebanyakan gerai yang saya singgah ialah gerai orang Kelantan kerana saya sukakan masakan Kelantan...nasi kerabu pun menjadi kegemaran saya.

Tapi sebagai orang Melaka, tak sah kalau tak makan buah Melaka. Di sana juga ada gerai yang menjual buah Melaka secara "skala besar". Maksud saya satu dulang besar menggunung dengan buah Melaka. Setakat ini saya belum pernah jumpa orang menjual begitu. Ertinya buah Melaka di gerai itu memang sedap dan laris.

Pendek kata saya lebih gemar membeli di gerai yang hanya menjual satu atau dua jenis juadah sahaja. Bagi saya gerai begini lebih mengkhusus dan menjaga kualiti makanannya. Selain gerai tadi ada juga gerai yang hanya menjual tepung pelita sahaja dan ada yang hanya menjual kuih talam/kukus sahaja. Ini pun salah satu gerai yang sesak. Macam-macam talam ada, gula melaka, durian, sri muka, cendol, genggang, keladi dan macam-macam lagilah....sabarjelah...baru pukul 10.00 pagi nihhh...hihihi.

Kita lupakan dulu bab juadah ni. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu progress novel saya yang terkini. Tajuknya dah ada, 'Kau Tetap Di Hati'. Tapi covernya belum siap lagi. Nanti kalau dah siap saya akan upload untuk tatapan anda semua. Mungkin hujung tahun ini akan berada di pasaran. Doakanlah ya...

Friday, August 8, 2008

Lagi Rahsia Jutawan Internet

Irfan telah memperkenalkan saya pada ebook. Lantas saya mula menjadi "gila" pada ebook. Kemudian saya terjumpa dengan sebuah laman web yang tidak kurang menariknya yang mengenengahkan cara menjadi jutawan hanya dengan duduk di depan komputer. Hebat bukan? Nak cuba silalah klik di sini. http://www.panduanclickbank.com/index.php?ref=lizazahira

Saturday, August 2, 2008

PESTA BUKU SELANGOR


Alhamdulillah, sempat juga saya menjejakkan kaki ke PKNS pada tengah hari ini. Meski pun tidak ramai wajah yang saya kenali di sana namun kemeriahaannya tetap dirasai. Gerai Alaf21 betul-betul terletak di sebelah restoran...emmm...betul-betul menggamit selera. Tetapi disebabkan saya tidak berteman, maka tidaklah sempat mengeteh di sana. Di gerai Alaf saya sempat bergambar dengan staf yang bertugas. Otai-otai tidak kelihatan dan saya difahamkan Kak Wan ada datang tapi berkejar pula ke PWTC kerana Pesta Buku Malaysia sedang berlangsung....kesian staf Alaf teraksa bekerja lebih keras lantaran pesta buku yang bertindih...Esok tentu lebih hectic lagi..kerana hari terakhir pesta buku. Pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk borong di hari terakhir. Selamat maju jaya buat semua. Selepas pusing-pusing dan mendengar serba sedikit ceramah oleh Kamal Affandi, maka saya pun beredar untuk menyambung sedikit tugas di ofis.

Wednesday, July 30, 2008

Ringkas tapi padat

Seperti yang saya beritahu semalam, hari ini Alhamdullilah dengan izin ALLAH segalanya berjalan dengan lancar. Saya tiba di Astro Awani di Jln Raja Chulan seawal jam 9.50 pg. Memang awal sebab saya jangka KL akan sesak tetapi tanpa saya duga, Lebuh raya Persekutuan, LDP, Jalan Damansara dan Parlimen hingga Jalan Pudu, kenderaannya tidak sebanyak yang saya sangka. Sebab itu perjalanan dari Shah Alam ke KL begitu lancar.


Astro Awani yang terletak di bangunan Bursa Saham membuatkan hati saya berkata-kata sendiri. Sebelum ini fikiran saya memang sering diasak untuk belajar dan memahami tentang pasaran saham. Kini secara tiba-tiba saya sudah tegak di depan bangunan agam ini. Tetapi tujuan saya berada di situ tidak ada kena mengena langsung dengan saham. Diam-diam saya akur...bahawa saya tidak boleh menidakkan saham dalam "hidup" saya. Mungkin kali ini saya datang sebagai penulis tetapi mana tahu saya akan datang lagi sebagai pelabur pula...

Saya disambut oleh Fiza, Asst Producer. Sambil meneguk secawan nescafe, saya sabar menanti jam 11.00 pg. Selesai di"touch up" saya sempat berbual mesra dengan Dr. Rubiah dari UM dan Lina (hos yang menggantikan Dang Suria yang kurang sihat). Topiknya memang menarik iaitu Dewasa Sebelum Waktunya. Kemudian kami bertukar-tukar kad. Dr. Rubiah memberitahu yang dia ingin menerbitkan bukunya di Alaf21. Saya mengalu-alukan dan memberikan nombor telefon Kak Wan padanya. Lebih menarik semalam, dia baru sahaja ditemu bual oleh staff saya.

Pada jam 11.30 kami bertiga masuk ke dalam studio. Berita sedang disampaikan oleh jejaka tampan Astro. Dr. Rubiah mendahului giliran berbual bicara dengan Lina. Saya seronok menjadi pemerhati sambil melihat para petugas bekerja di balik tabir. Jam 11.40, Dr. Rubiah keluar dari set dan tempatnya diambil oleh saya.

Masa yang singkat saya gunakan untuk mempromosikan 3 novel yang sedia ada iaitu Impian Kasih, Cinta Rahsia dan Bahtera Kasih. Saya sangat senang berbicara dengan Lina. Caranya pantas dan bersahaja. Seronok berbicara, saya pelawakan diri untuk dijemput lagi. Sempat juga saya memperkenalkan blog saya .

Ini tambahan dalam entry sebab saya terlupa tentang promosi novel terbaru yang kini dalam proses editing di pihak Alaf21. Insya-ALLAH kalau tak ada melintang musim raya keluarlah buah cinta saya yang keempat tu. Saya pun ada kejutan untuk para peminat. Tunggu...

Sebenarnya memang sudah lama saya tidak berpeluang dibual bicara. Kali terakhir di RTM kira-kira 3 atau 4 tahun lalu. Untuk slot radio pula pun 2 tahun lepas.




Terima kasih buat Kak Wan & Fiza yang telah membantu merealisasikan misi penulis yang tidak sepertinya ini. Bye-bye...

Tuesday, July 29, 2008

Tetamu Astro

Esok saya akan menjadi tetamu untuk segmen bual bicara di Astro Awani jam 11.00 pagi. Saya akan berpeluang memperkenalkan diri bersama 3 novel saya. Di samping itu saya turut akan mewar-warkan kemunculan novel keempat tidak lama lagi. Kepada sesiapa yang berpeluang untuk menonton segmen tersebut, saya harap sudi-sudikanlah memberi komen ya. Saya akan ceritakan hasilkan temu bual tersebut dalam blog ini esok.

Saturday, July 26, 2008

Belajar Cashflow

Board games for the upwardly mobile
Aspiring tycoons around the world are playing the market with Robert Kiyosaki's game Cashflow.
October 26, 2004: 10:46 AM EDT
By Sarah Max, CNN/Money senior writer

SALEM, Ore. (CNN/Money) – On a recent evening I bought into a limited partnership, flipped a bed and breakfast for a quick profit, tripled my money on "OK4U" pharmaceutical stock. I also got downsized from my teaching job, bought a duplex and had a baby.

After all of that, I managed to get out of the proverbial rat race. But my financial skills, or luck, were no match for Mitch.

"I have waited all of my life for this," said a euphoric Mitch when he realized that his investments in a handful of companies had finally paid off.

In real life, we're told to make the most of the cards we're dealt.

In "Rich Dad, Poor Dad" author Robert Kiyosaki's board game, Cashflow, the goal is to make the most of the financial scenario you're given.

The game, which might be described as Monopoly meets Dungeons & Dragons, has become a cult favorite around the world. To date, about 350,000 copies of the $195 game have sold, and more than 300 Cashflow clubs now meet to play the game and apply its lessons to real life.

The "Lazy Pig Millionaires Club" in Paris describes itself as an ambitious and dynamic group of people who, despite their club name, wish to improve all areas of their lives. The Achievers club in Harare, Zimbabwe, wants to make "massive passive income." In Toronto, the game's enthusiasts will meet later this month to learn more about the game and attempt to make the Guinness Book of World Records.

"We have it all in this group," said Ed Patisso, co-founder of a Cashflow club in New York, which meets every week at the Sony Plaza in Midtown. "Attorneys, accountants, corporate leaders, mailmen, police officers and music artists."

Teach them something
"I think of myself as the guy who didn't do well in school but knew how to make money," said Kiyosaki, who invented the game before writing his best-selling account of the contrasts between his highly educated "poor dad" and his best friend's bootstrapping "rich dad."


A game like life
While Kiyosaki's unconventional philosophy has struck a chord with fans, it has also been the source of criticism among those who advocate "poor dad" strategies -- such as investing in mutual funds and managing financial risk. (Read "Kiyosaki Mania.")

I was never a critic, because that would have required actually reading the book. I will admit, though, that my eyes did roll every time someone told me about how the book changed their lives. And recently, that was becoming a pretty regular occurrence.

So I decided to play the game. Besides, slurping coffee over a board game for a few hours would be a welcome break from the, er, rat race.

Having found each other on Kiyosaki's site, six of us met at a local café to play a hybrid version of Cashflow 101 for beginners, and the more advanced 202. We introduced ourselves, then randomly chose our professions for the evening.

I drew the elementary teacher card, which meant that I'd initially earn $3,300 on pay day and pay about $2,200 in expenses. Vicki, the club's organizer, would be a police officer, while her 11-year-old niece, Charleen, happily accepted the janitor profile.

Mitch, a registered nurse in real life, was to be a secretary. Barbara, an office manager by day, drew the dreaded airline pilot card. Monte, an engineer, would be living the life of a truck driver.

We started the game in the "Rat Race," collecting income from our jobs, paying bills, hoping to not get downsized and trying to buy investments that would eventually pay enough regular income, or passive income, for us to say goodbye to our day jobs and move on to the game's "Fast Track."

One of the key lessons, said Kiyosaki, is that cash alone does not get you out of the Rat Race. That's why Barbara was not thrilled about her role as an airline pilot. She would need several times more passive income than the rest of us to quit her job and still pay her expenses.

Another lesson, according to Kiyosaki, is that low-risk, low-reward investments, like CDs, won't help you get out of the Rat Race. He believes that rental property, franchises and other business ventures are a better bet.

"The people who win are usually the ones who take risks," said Vicki. "Kids often do better than the adults because they're not as fearful."

Luck has a lot to do with who wins and who loses. Charleen, for one, spent much of the game having babies and getting downsized. Mitch won because he drew the right "opportunity cards."

"It's just a game," said Kiyosaki when I asked him about whether Cashflow teaches anything about managing investment risk or analyzing stock.

The point, he said, is to get people excited about investing money instead of just spending it.

Driving home that night, I did feel richer, more optimistic and more open-minded -- and extremely wired from all that coffee. I read Kiyosaki's book cover to cover.

I can't say I'll be giving up my day job or my mutual funds or my emergency cash any time soon, if ever. But the next time someone tells me that Kiyosaki got them excited about investing, I might nod my head instead of rolling my eyes.

When my husband comes to me with his latest big idea, I might even try to think like a rich dad instead of a devil's advocate.Sejak membaca buku Rich Dad Poor Dad, saya memang teruja hendak bermain cashflow.

Di sini saya link website Rich Dad yang mengandungi preview permainan ini iaitu http://cashflow.vo.llnwd.net/o16/cashflow3.swf

Bank Negara kekalkan kadar faedah domestik

Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@ bharian.com. my

BANK Negara Malaysia memutuskan mengekalkan kadar faedah tempatan di sebalik jangkaan ia akan menaikkannya berikutan kenaikan tinggi inflasi yang mencecah 7.7 peratus bulan lalu.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu dalam mesyuaratnya semalam mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.5 peratus.

Langkah itu diambilnya bertujuan mengelak daripada berlakunya gangguan terhadap asas ekonomi negara.

"Dalam tempoh 12 bulan akan datang, meskipun risiko inflasi yang lebih tinggi dan risiko pertumbuhan lebih rendah akan meningkat, perhatian segera harus diberikan untuk mengelakkan kelembapan ekonomi yang akan mengakibatkan pengangguran yang lebih tinggi.

"Pertumbuhan yang perlahan dengan sendirinya akan membendung kemungkinan berlakunya kesan kenaikan harga pusingan kedua terhadap inflasi dan seterusnya membendung kenaikan harga pada separuh kedua 2009," kata Bank Negara dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

OPR Bank Negara adalah penanda aras yang digunakan bank tempatan untuk menentukan kadar asas pinjaman (BLR) mereka. BLR di negara ini kini adalah antara 6.25 peratus hingga 6.8 peratus.

Bank pusat dalam kenyataannya itu menjelaskan, ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi menggalakkan pada separuh pertama tahun ini. tetapi dalam tempoh 12 bulan akan datang, ia dijangka berdepan tempoh lebih mencabar kerana risiko inflasi lebih tinggi dan pertumbuhan lebih perlahan meningkat dengan lebih ketara.

Katanya, penilaian menunjukkan pertumbuhan global akan menjadi lebih perlahan dengan kelembapan lebih nyata dan berpanjangan di beberapa negara maju, dan pertumbuhan lebih sederhana di negara sedang pesat membangun.

Pada masa sama, katanya, harga komoditi dan tenaga dijangka kekal pada paras yang tinggi, lantas meningkatkan inflasi dalam ekonomi global.

Berdasarkan senario itu, katanya, ia menjangkakan inflasi akan kekal pada paras yang tinggi pada separuh kedua tahun ini dan awal tahun depan sebelum menyederhana menjelang pertengahan 2009.

Bank pusat itu mengunjurkan purata inflasi bagi seluruh tahun ini berada pada dalam lingkungan 5.5 peratus hingga 6.0 peratus.

Ia turut menegaskan bahawa dengan kekuatan asas sedia ada, serta sektor perbankan yang berdaya tahan, ekonomi Malaysia berpotensi kembali mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam jangka sederhana.

Friday, July 18, 2008

CAMERON MAKIN GERSANG





Setelah 3 hari berkampung di PWTC, minggu ni saya berkampung pula selama 3 hari di Cameron bersama team Pa&Ma. Hari pertama sampai saya tinggal di sebuah apartment sederhana yang sangat selesa dan lengkap dengan peralatan memasak. Sewanya murah saja RM200 semalam. Lepas check in, saya dan yang lain bergegas ke Brinchang untuk alas perut. Selesai makan di KFC kami merayap di pasar malam. Hujan tidak mematahkan semangat kami. Chayok! Chayok!..ehem mentang-mentang dah gi Korea.

Cuaca? Langsung tak sejuk..tapi malam memang sejuk. Yang kurus eloklah pakai baju panjang dan tebal sikit. Tapi yang gebu macam saya ni...lemak-lemak yang ada cukup untuk memanaskan badan. Yang jelas tanah Cameron makin gersang kerana terlalu banyak hutan yang sudah ditebang untuk pertanian dan penempatan.

Di pasar malam, saya mabuk tengok sayur-sayuran, buah-buahan, strawberi dan jagung manis. Lepas borong sakan, kami balik ke apartment dan sedia menu yang sudah saya rancang sejak dari KL lagi. Strawberi coklat dan sup sayur. Malam itu kami makan keledek rebus, jagung rebus, strawberi coklat dan sup sayur.

Yang paling best masa kami sibuk masak, anak Ita terkunci dalam bilik saya. Kelam kabut satu rumah. Nasib baik ada rescue 911, en Johar datang dengan segugus kunci rumah...akhirnya Aiman berjaya dikeluarkan. Kelakar cemas betullah malam tu.

Esoknya kami check in di Equatorial Hotel di Brinchang. Sebenarnya kehadiran kami di sini ialah untuk sessi Brainstorming untuk 2009. Biasalah kerja penerbitan ni memang kena bekerja in advance. Di samping tu, kami juga buat shooting ulang tahun di ladang teh. Kalau nak tengok lebih banyak gambar menarik, dapatkan pa&ma september dan oktober.

Friday, July 4, 2008

PERTANDINGAN BAYI COMEL



Pertandingan Bayi Comel 2008 kini kembali lagi. Saya dan team Pa&Ma akan berkampung di PWTC selama 3 hari bermula 4 - 6 Julai (Hari Jumaat hingga Ahad). Pertandingan ini diadakan sempena Karnival Whiz Kids di Hall 3, PWTC. Hari Sabtu acara pertanding separuh akhir dan Ahad pula peringkat Akhir. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah datang memeriahkan majlis. Di samping itu kami akan ada seminar Penyusuan Susu Ibu pada jam 3.00 - 5.00 ptg di Bilik Sabah, PWTC. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di Booth Pa&Ma di nombor 3023&3024. Jumpa di sana!

Sunday, June 29, 2008

Ujian

Dalam usia menginjak 36 tahun ini, tanpa disangka sekali lagi saya teruji. Mengenai apa? Biarlah rahsia. Cuma yang dapat saya kongsikan di sini, ujian tersebut telah mengajar saya supaya tidak mudah mempercayai orang lain termasuk orang yang paling rapat dengan saya.

Saya benar-benar tidak menyangka yang saya telah ditipu hidup-hidup. Segala kepercayaan yang saya berikan telah dipijak-pijak seperti sampah. Saya binggung mengapa begitu mudah seorang manusia boleh melupakan kekhilafannya yang lalu. Apakah yang dia fikir tentang hidup ini? Adakah hidup ini hanya sandiwara dan padang permainan semata-mata? Madu yang kuberi, tuba dibalas? Hingga saya berasakan hendak memandang wajahnya pun saya tidak sudi lagi. Apatah lagi hendak berkata-kata. Betapa sukar untuk saya menjadi pemaaf kali ini.

Alhamdulillah, petunjuk ALLAH jelas membuktikan bahawa naluri insan yang dikhianati itu akhirnya tanpa semena-mena dapat membongkar segala penipuan yang berlaku. Kini saya semakin mengenali dirinya. Dia, kini dan akan datang tidak mungkin akan menjadi orang yang berbeza. Saya terus tersedar dari mimpi yang panjang dan saya harus keluar dari belenggu. Saya perlu mencipta kecemerlangan dan meninggalkan orang-orang yang mungkin hanya akan menarik saya ke bawah.

Kepada dia atau insan lain yang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja mengguris perasaan insan yang lain, saya nasihatkan agar segeralah sedar supaya anda tidak dipulaukan oleh orang yang dekat dengan anda.

Pada saya, sebagai insan yang serba-serba tidak sempurna, saya maafkan dia. Tetapi kepercayaan yang hilang tidak mungkin dapat saya kembalikan buat masa ini, bulan ini, tahun ini atau hingga nyawa meninggalkan badan.

Sebuah persahabatan seharusnya didokong oleh kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan. Untuk apa ia diteruskan lagi andainya "selimut kedinginan" semakin menebal? Buat insan yang dimaksudkan, terima kasih saya ucapkan atas segala "kesakitan" yang saya rasai. Dengan pengalaman ini, menjadikan saya lebih kuat dan penuh "ilmu" untuk menjadi penulis yang prolifik.



Sunday, June 1, 2008

NOVEL, NOVEL, NOVEL

Akhirnya giliran saya tiba. Terima kasih Kak Wan (jujur bukan bodek ya). Selepas sekian lama menanti, novel keempat saya "Kemuncak Kasih" mendapat giliran untuk diedit oleh Kak Wan (Editor prolifik Alaf21). Tak gitu Kak Wan? Jangan marah ya.....

Kisahnya mengenai apa? Hmm biarlah rahsia....tapi yang pasti kali ini saya memaparkan keindahan New Zealand sebagai salah satu latar tempat. Jujur saya katakan yang saya menggunakan rujukan daripada majalah, internet dan kawan-kawan yang pernah ke sana. Meskipun begitu, saya berharap agar saya dapat ke sana dalam keadaan yang masih sihat waalafiat.

Kisahnya yang penuh dengan cabaran dan suspen, pasti akan membuatkan anda semua teruja untuk memiliki novel yang paling lama yang pernah saya usahakan ini. Saya berharap hasilnya tidak akan mengecewakan anda yang mahukan halwajiwa yang berbeza tetapi menghiburkan.

Jengg...jenggg...tunggu! Alaf21fc dan saya pun sedang merancang sesuatu sempena pelancaran novel ini kelak.....Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan....

Kaki
Keadaan kaki saya yang terkehel sejak 2 bulan lalu kini banyak membataskan pergerakan saya. Hingga menakutkan saya andainya ia tidak pulih seperti sedia kala. Bagaimana mungkin saya dapat menikmati keindahan sewaktu melancong kelak kalau pergerakan saya terbatas. Dalam hati saya berdoa agar kaki saya kembali pulih walau pun memakan masa yang lama. Sekali gus saya berharap dapat menurunkan berat badan meskipun pelbagai usaha sebelum ini masih "gagal".

Anugerah
Selain itu saya ingin berkongsi beberapa kisah manis yang telah saya lalui sepanjang tahun ini. Sebagai penulis, ya saya bangga kerana sudah hampir mencapai misi 5 novel. Kemudian sebagai editor saya turut berbangga kerana majalah kendalian saya, Pa&Ma terus mencatat rekod cemerlang dengan jualan yang semakin meningkat. Tahun ini kami mendapat Jackpot iaitu insentif KPI daripada syarikat. Jumlahnya? Memang lumayan.

Lebih manis, pada 24 Mei lalu kami telah dinobatkan sebagai Penerbitan Terbaik 2007. Segala penat lelah kami ternyata dihargai oleh syarikat (Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.). Ibaratnya kami menerima durian runtuh pada tahun ini hasil daripada usaha keras sebelumnya. Rezeki ALLAH jangan ditolak.

Pengajaran
Hakikatnya yang jelas, sesuatu yang kita usahakan tidak akan nampak hasilnya sekarang. Sebaliknya usaha yang istiqamah pasti akan membuahkan hasil pada masa akan datang meskipun tanpa dijanga atau dipinta-pinta.

Thursday, February 14, 2008

Tuesday, February 12, 2008