Wednesday, July 30, 2008

Ringkas tapi padat

Seperti yang saya beritahu semalam, hari ini Alhamdullilah dengan izin ALLAH segalanya berjalan dengan lancar. Saya tiba di Astro Awani di Jln Raja Chulan seawal jam 9.50 pg. Memang awal sebab saya jangka KL akan sesak tetapi tanpa saya duga, Lebuh raya Persekutuan, LDP, Jalan Damansara dan Parlimen hingga Jalan Pudu, kenderaannya tidak sebanyak yang saya sangka. Sebab itu perjalanan dari Shah Alam ke KL begitu lancar.


Astro Awani yang terletak di bangunan Bursa Saham membuatkan hati saya berkata-kata sendiri. Sebelum ini fikiran saya memang sering diasak untuk belajar dan memahami tentang pasaran saham. Kini secara tiba-tiba saya sudah tegak di depan bangunan agam ini. Tetapi tujuan saya berada di situ tidak ada kena mengena langsung dengan saham. Diam-diam saya akur...bahawa saya tidak boleh menidakkan saham dalam "hidup" saya. Mungkin kali ini saya datang sebagai penulis tetapi mana tahu saya akan datang lagi sebagai pelabur pula...

Saya disambut oleh Fiza, Asst Producer. Sambil meneguk secawan nescafe, saya sabar menanti jam 11.00 pg. Selesai di"touch up" saya sempat berbual mesra dengan Dr. Rubiah dari UM dan Lina (hos yang menggantikan Dang Suria yang kurang sihat). Topiknya memang menarik iaitu Dewasa Sebelum Waktunya. Kemudian kami bertukar-tukar kad. Dr. Rubiah memberitahu yang dia ingin menerbitkan bukunya di Alaf21. Saya mengalu-alukan dan memberikan nombor telefon Kak Wan padanya. Lebih menarik semalam, dia baru sahaja ditemu bual oleh staff saya.

Pada jam 11.30 kami bertiga masuk ke dalam studio. Berita sedang disampaikan oleh jejaka tampan Astro. Dr. Rubiah mendahului giliran berbual bicara dengan Lina. Saya seronok menjadi pemerhati sambil melihat para petugas bekerja di balik tabir. Jam 11.40, Dr. Rubiah keluar dari set dan tempatnya diambil oleh saya.

Masa yang singkat saya gunakan untuk mempromosikan 3 novel yang sedia ada iaitu Impian Kasih, Cinta Rahsia dan Bahtera Kasih. Saya sangat senang berbicara dengan Lina. Caranya pantas dan bersahaja. Seronok berbicara, saya pelawakan diri untuk dijemput lagi. Sempat juga saya memperkenalkan blog saya .

Ini tambahan dalam entry sebab saya terlupa tentang promosi novel terbaru yang kini dalam proses editing di pihak Alaf21. Insya-ALLAH kalau tak ada melintang musim raya keluarlah buah cinta saya yang keempat tu. Saya pun ada kejutan untuk para peminat. Tunggu...

Sebenarnya memang sudah lama saya tidak berpeluang dibual bicara. Kali terakhir di RTM kira-kira 3 atau 4 tahun lalu. Untuk slot radio pula pun 2 tahun lepas.




Terima kasih buat Kak Wan & Fiza yang telah membantu merealisasikan misi penulis yang tidak sepertinya ini. Bye-bye...

3 comments:

Abang Long said...

Liza Zahira, terkilan sebab terlepas menonton. Ada perkara yang penting, akan dibincangkan selepas ini.

Liza said...

Ok tak ada masalah.

lilysuriani said...

yang penting...saya berkenan bebenor dgn baju kurung akak! cantik betul!