Monday, March 23, 2009


AIRMATA RASULULLAH SAW...
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Petikan dari: Taman2Syurga@yahoogroups.com

Thursday, March 12, 2009

Keputusan Kuiz Kau Tetap Di Hati




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

ALHAMDULLILLAH, akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu keputusan Kuiz KTD yang telah dijalankan 2 bulan lalu. Kepada yang menyertai kuiz ini saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kepada para pemenang, saya ucapkan TAHNIAH! Semoga anda dapat menerima hadiah yang tidak sepertinya.

Saya bercadang untuk mengadakan upacara penyampaian hadiah sewaktu Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 17 - 26 April 2009 nanti di PWTC. Bagaimanapun, saya akan memaklumkan kepada semua pemenang berkenaan hal ini secepat mungkin kerana saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Alaf21fc dan Alaf 21. Doakan agar perancangan ini berjaya.

Saya amat berharap agar majlis tersebut dapat memberikan peluang kepada kita semua untuk menjalin hubungan lebih mesra di samping dalam bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal semasa.

Berikut adalah jawapan kepada Soalan-Soalan Kuiz KTD:

S1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
J1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke-4.

S2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH.
J2. Cerita ini membawa kita terbang hingga ke New Zealand yang menjadi sebahagian dari latar belakang kisah yang digarap.

S3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam KTH.
J3. Anak saudara Sophia dalam cerita ini ialah Iman, Imad dan Umairah.

S4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
J4. Nama kapal lanun yang telah menculik dan menawan Carra Lina dalam novel Bahtera Kasih ialah Kapal Kelam Hantu

S5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?
J 5. Lelaki bertuah yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina ialah Ryan Syahputra.

Berikut adalah senarai nama pemenang yang bertuah:
PEMENANG PERTAMA = WANG TUNAI RM300.00
Sarina Ramli
sure_fine_whateverr@yahoo.com
SLOGAN: Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana kisah-kisah cinta thriller garapan penulis ini ada sentuhan istimewa yang sangat menarik dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

PEMENANG KEDUA = WANG TUNAI RM200.00
Mohd Hakim b Zakariasimurl.com/akim
SLOGAN: Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana elemen cinta, adventure dan thriller, pengkisahan pengalaman di luar negara dan penerapan istilah-istilah perubatan diadun sempurna, selayaknya untuk dimiliki dan dihayati.

PEMENANG KETIGA = WANG TUNAI RM100.00
Retnawati Mohd Yusof
sayangawak@yahoo.com
SLOGAN: Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana idea yang menarik, susunan bahasa yang indah, kreatif dalam menyampaikan jalan cerita.

10 PEMENANG SAGUHATI (SENASKAH NOVEL LIZA ZAHIRA)
1. Nor Suriati Mohamed (basyier45@yahoo.com.my)
2. Sabariah binti Saari (sabariah.saari@my.pwc.com)
3. Noraini binti Yat (ladyjeanz@yahoo.com)
4. Trisya J (trisya13@yahoo.com)
5. Siti Suhaini Binti Mohd Sahib (sitisms@toyota.com.my)6. Noraini binti Talib (ain_bp@yahoo.com)
7. Salbina Mohamad Awang (shalby2008@yahoo.com)
8. Zana (http://mezanna08.blogspot.com/)
9. Loimin Gadait (loimin.gadait@sabah.gov.my)
10. Nur Hasliza Zakaria (lizazakaria@yahoo.com.my)

* Sebagai bonus, setiap pemenang akan menerima sehelai Baju T Liza Zahira.
// Keputusan pengadil adalah muktamat!

Friday, March 6, 2009

Warkah Cinta


Terima kasih Abg Long kerana menjemput saya menyertai Forum Warkah Cinta dan meminta saya menjawab sejujurnya. Baiklah saya jawab dengan sejujurnya, sebenarnya seingat saya, saya tidak pernah mempunyai warkah cinta kecuali warkah sahabat pena dan sahabat pra cinta. Maksud saya, saya berhubungan dengan teman tapi mesra melalui surat tetapi belum lagi confirm "bercinta". Yang ada cuma rasa minat nak bercinta. Kebetulan pada waktu itu dia di utara dan saya di selatan. Jadi, warkahnya agak biasa-biasa dan tidak ada kata-kata yang aduhai-aduhai. Paling-paling pun hanya bercerita tentang hal pelajaran dan kehidupan di kampus.


Kemudian, saya mempunyai teman lelaki yang menetap di kawasan berhampiran tempat kerja. Jadi kamu berjumpa dan bertelefon, lalu tidak memerlukan surat. Namun, hubungan kami terputus di tengah jalan.
Seterusnya selepas saya berpindah kerja di Karangkraf, saya berkenalan dengan lelaki yang kini bergelar suami. Disebabkan kami berjumpa setiap hari, jadi tidaklah perlukan warkah. Cuma yang berbeza bila bergaduh, kami akan berutus surat untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Itulah agaknya yang boleh dinamakan Warkah Cinta kami. Tapi saya tidak menyimpannya walau pun sehelai kerana biarlah saya buang warkah itu atau simpan dalam hati sahaja. Hmmm...memang tidak menarik jawapan saya tentang Warkah Cinta, bukan? Harap Abang Long berpuas hati dengan jawapan yang tidak sepertinya ini.