Thursday, May 21, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz KTD








Pada 17 hb Mei yang lalu, satu majlis penyampaian hadiah kuiz Kat Tetap Di Hati telah diadakan di Asiari, SACC Mall Shah Alam. Antara yang dapat hadir di majlis tersebut ialah Sarina Ramli (Pemenang pertama), Mohd Hakim Zakaria (Pemenang Kedua) dan dua pemenang saguhati, Kak Noraini dan Siti Suhaini (mewakilkan adik). Selain daripada itu orang kuat Alaf21fc, Abang Long, Mersik dan Zarina turut menghadirkan diri.
Pada masa yang terhad itu saya sempat beramah mesra dan berbual tentang dunia buku dengan para pemenang. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis yang tidak sepertinya ini. Insya-ALLAH saya akan menganjurkan kuiz lagi untuk novel yang seterusnya. Kini saya sedang menyiapkan novel kelima yang lebih menjurus kepada novel pembangun jiwa. Semoga anda semua mendoakan kejayaan saya. Sekian wassalam.

SENARAI NAMA PEMENANG

PEMENANG PERTAMA = WANG TUNAI RM300.00
Sarina Ramli
sure_fine_whateverr@yahoo.com

PEMENANG KEDUA = WANG TUNAI RM200.00
Mohd Hakim b Zakariasimurl.com/akim ; akimsensei@yahoo.com.my

PEMENANG KETIGA = WANG TUNAI RM100.00
Retnawati Mohd Yusof
sayangawak@yahoo.com

10 PEMENANG SAGUHATI (SENASKAH NOVEL LIZA ZAHIRA ATAU NOVEL ALAF21)
1. Nor Suriati Mohamed (basyier45@yahoo.com.my)
2. Sabariah binti Saari (sabariah.saari@my.pwc.com)
3. Noraini binti Yat (ladyjeanz@yahoo.com)
4. Trisya J (trisya13@yahoo.com)
5. Siti Suhaini Binti Mohd Sahib (sitisms@toyota.com.my)6. Noraini binti Talib (ain_bp@yahoo.com)
7. Salbina Mohamad Awang (shalby2008@yahoo.com)
8. Zana (http://mezanna08.blogspot.com)/ (Batrisya230607@gmail.com)
9. Loimin Gadait (loimin.gadait@sabah.gov.my)
10. Nur Hasliza Zakaria (lizazakaria@yahoo.com.my)

* Semua pemenang akan menerima sehelai Baju T Liza Zahira

Tahniah kepada semua!














9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Dipetik melalui kiriman emel daripada Marziati Mohamad [marziati.mohamad@tm.com.my]

Gambar pesta buku

















*Pasangan bahagia - pembaca setia Pa&Ma.
* Pelancaran Buku khas Pa&Ma ke-5, Penjagaan Ibu dan Bayi
* Artis turut memeriahkan gerai Karangkraf.
* Bergambar dengan pembaca setia.