Sunday, December 20, 2015

PERGI HAJI PERCUMA


Penulis LIZA ALI
lizazahira@gmail.com
facebook.com/lizaalidotcom
Tawakallah.blogspot.com

Saat ini sudah tanggal 20 Disember 2015 bersamaan 8 Rabbiulawal. Empat hari saja lagi, Maulidurasul. Allahummasallialah saidinamuhamad, waalaalihimuhammad. Semakin hari jiwaku merintih mahu menunaikan haji tahun hadapan. Aku sedang mengira-ngira bajet dan cara bagaimana mahu ke sana. Sama ada dengan Tabung Haji atau swasta. Bila dicongak-congak, aku belum mampu membiayai perbelanjaan melalui swasta. Apatah lagi aku perlu ada mahram. 1+1 = 2. Maknanya 'double'. Argh....memang di luar kemampuan. Aku hanya 'freelancer' cabuk.

Jika diikutkan 'booking' dengan TH, giliranku ialah pada tahun 2016+10=2026. Bagaimana mahu buang yang 10 itu agar aku dapat pergi tahun hadapan? Aku baca soalan seseorang dalam FB TH. Dia bertanyakan soalan yang sama seperti aku. Mahu pergi cepat. Maka jawapan TH - satu-satu cara ialah tulis surat dan hantar pada cawangan TH.

Timbul persoalan, mahukah mereka menyantuni permintaanku? Apatah lagi dengan jumlah simpanan dalam TH pun belum cukup untuk bajet muasasah. Apakah aku ini kategori belum mampu? Benarkan duit itu sangat penting untuk naik haji? Bahkan apakah tidak ada benda lain yang lebih penting selain yang satu lagi iaitu kursus haji?

Foto Kredit: Twitter
Rasulullah dulu pergi haji. Para sahabat pun pergi haji. Sempurna haji mereka dan percuma! Baiklah aku tahu permintaan aku melampau! Orang mungkin kata, mana ada haji percuma? Pergi haji kena ada sekurang-kurangnya RM10 ribu.

Baiklah, apakah duit menjamin anda dapat menunaikan haji? Ramai saja yang ada duit tapi tak sempat menunaikan haji. Ada yang sudah dalam perjalanan tapi menemui ajalnya sebelum sempat selesai haji. Jelas bukan? Haji itu bukan duit dan duit itu bukan haji.

(Sebak) Aku serahkan pada Allah S.W.T. Moga Dia  menjemputku ke sana dan aku akan tetap ke sana walau dengan apa cara sekali pun. Insya-ALLAH.

Saat aku menghabiskan kalam ini, azan isya' berkumandang. Moga Allah makbulkan permintaanku. Ameen.

No comments: