Friday, March 6, 2009

Warkah Cinta


Terima kasih Abg Long kerana menjemput saya menyertai Forum Warkah Cinta dan meminta saya menjawab sejujurnya. Baiklah saya jawab dengan sejujurnya, sebenarnya seingat saya, saya tidak pernah mempunyai warkah cinta kecuali warkah sahabat pena dan sahabat pra cinta. Maksud saya, saya berhubungan dengan teman tapi mesra melalui surat tetapi belum lagi confirm "bercinta". Yang ada cuma rasa minat nak bercinta. Kebetulan pada waktu itu dia di utara dan saya di selatan. Jadi, warkahnya agak biasa-biasa dan tidak ada kata-kata yang aduhai-aduhai. Paling-paling pun hanya bercerita tentang hal pelajaran dan kehidupan di kampus.


Kemudian, saya mempunyai teman lelaki yang menetap di kawasan berhampiran tempat kerja. Jadi kamu berjumpa dan bertelefon, lalu tidak memerlukan surat. Namun, hubungan kami terputus di tengah jalan.
Seterusnya selepas saya berpindah kerja di Karangkraf, saya berkenalan dengan lelaki yang kini bergelar suami. Disebabkan kami berjumpa setiap hari, jadi tidaklah perlukan warkah. Cuma yang berbeza bila bergaduh, kami akan berutus surat untuk menyatakan ketidakpuasan hati. Itulah agaknya yang boleh dinamakan Warkah Cinta kami. Tapi saya tidak menyimpannya walau pun sehelai kerana biarlah saya buang warkah itu atau simpan dalam hati sahaja. Hmmm...memang tidak menarik jawapan saya tentang Warkah Cinta, bukan? Harap Abang Long berpuas hati dengan jawapan yang tidak sepertinya ini.


1 comment:

Abang Long said...

Wahai Liza.

Cinta yang biasa - biasa pun ada ketikanya boleh menjadi luarbiasa.

TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH