Thursday, March 12, 2009

Keputusan Kuiz Kau Tetap Di Hati




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

ALHAMDULLILLAH, akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu keputusan Kuiz KTD yang telah dijalankan 2 bulan lalu. Kepada yang menyertai kuiz ini saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Kepada para pemenang, saya ucapkan TAHNIAH! Semoga anda dapat menerima hadiah yang tidak sepertinya.

Saya bercadang untuk mengadakan upacara penyampaian hadiah sewaktu Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 17 - 26 April 2009 nanti di PWTC. Bagaimanapun, saya akan memaklumkan kepada semua pemenang berkenaan hal ini secepat mungkin kerana saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Alaf21fc dan Alaf 21. Doakan agar perancangan ini berjaya.

Saya amat berharap agar majlis tersebut dapat memberikan peluang kepada kita semua untuk menjalin hubungan lebih mesra di samping dalam bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal semasa.

Berikut adalah jawapan kepada Soalan-Soalan Kuiz KTD:

S1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
J1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke-4.

S2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH.
J2. Cerita ini membawa kita terbang hingga ke New Zealand yang menjadi sebahagian dari latar belakang kisah yang digarap.

S3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam KTH.
J3. Anak saudara Sophia dalam cerita ini ialah Iman, Imad dan Umairah.

S4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?
J4. Nama kapal lanun yang telah menculik dan menawan Carra Lina dalam novel Bahtera Kasih ialah Kapal Kelam Hantu

S5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?
J 5. Lelaki bertuah yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina ialah Ryan Syahputra.

Berikut adalah senarai nama pemenang yang bertuah:
PEMENANG PERTAMA = WANG TUNAI RM300.00
Sarina Ramli
sure_fine_whateverr@yahoo.com
SLOGAN: Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana kisah-kisah cinta thriller garapan penulis ini ada sentuhan istimewa yang sangat menarik dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

PEMENANG KEDUA = WANG TUNAI RM200.00
Mohd Hakim b Zakariasimurl.com/akim
SLOGAN: Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana elemen cinta, adventure dan thriller, pengkisahan pengalaman di luar negara dan penerapan istilah-istilah perubatan diadun sempurna, selayaknya untuk dimiliki dan dihayati.

PEMENANG KETIGA = WANG TUNAI RM100.00
Retnawati Mohd Yusof
sayangawak@yahoo.com
SLOGAN: Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana idea yang menarik, susunan bahasa yang indah, kreatif dalam menyampaikan jalan cerita.

10 PEMENANG SAGUHATI (SENASKAH NOVEL LIZA ZAHIRA)
1. Nor Suriati Mohamed (basyier45@yahoo.com.my)
2. Sabariah binti Saari (sabariah.saari@my.pwc.com)
3. Noraini binti Yat (ladyjeanz@yahoo.com)
4. Trisya J (trisya13@yahoo.com)
5. Siti Suhaini Binti Mohd Sahib (sitisms@toyota.com.my)6. Noraini binti Talib (ain_bp@yahoo.com)
7. Salbina Mohamad Awang (shalby2008@yahoo.com)
8. Zana (http://mezanna08.blogspot.com/)
9. Loimin Gadait (loimin.gadait@sabah.gov.my)
10. Nur Hasliza Zakaria (lizazakaria@yahoo.com.my)

* Sebagai bonus, setiap pemenang akan menerima sehelai Baju T Liza Zahira.
// Keputusan pengadil adalah muktamat!

4 comments:

Ako Retna said...

Tengkiu Liza,
akhirnya penantian berkahir.. :-)

aNIe said...

Salam Liza...lamanya akak tak masuk ke sini kerana cuti-cuti Malaysia...bila bukak aje ada nama akak jadi pemenang saguhati...

Tq..tq...*suka sangat*

akimsensei said...

kak liza, thanks.. penantian yang menyiksakan.. hope lepas ni banyakkan lagi elemen thriller, campur2 sikit dengan istilah2 medikal, mesti best. satu lagi, tagline jgn dilupakan okay. cipta tagline yg mudah diingat. sekian secebis pendapat dari saya.

ShalbySalbina said...

Terima kasih kerana telah memilih saya memenangi hadiah saguhati sebuah novel Liza Zahira. Sayangnya saya sudah memiliki keempat-empat novel itu, so what for?

salbina.