Saturday, April 18, 2009

Pesta Buku & majlis penyampaian hadiah

Pesta Buku Antarabangsa kembali lagi. Mulai 17 - 25 April ini PWTC akan dibanjiri oleh peminat-peminat buku dan petugas-petugas gerai yang menjual buku dan majalah. Karangkraf & Alaf21 turut terbabit seperti biasa. Jangan lupa singgah di gerai kami di level bawah dan atas seperti tahun lalu. Sayang gerai tidak sekumpul seperti 2 tahun lalu. Pa&Ma turut mengadakan game menarik untuk pembeli Pa&Ma Mei dan buku khas Penjagaan Ibu & Anak. Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan harga yang menarik.

Kepada peminat novel Liza Zahira, anda boleh bertemu saya Ahad ini dan Ahad depan. meskipun dalam jadual saya hanya berada pada hari Jumaat (semalam) tetapi saya tetap berada di hari-hari lain untuk memberi sokongan.

Untuk pemenang kuiz, saya masih belum mendapatkan ruang untuk mengadakan majlis penyampaian hadiah yang saya ingin sangat anjurkan. Pada asalnya saya ingin adakan pada waktu Pesta Buku tetapi memandangkan hambatan waktu, mungkin lebih baik diadakan selepas Pesta Buku di tempat yang lebih santai. Saya harap para pemenang akan bersetuju. Kepada yang tidak dapat hadir nanti, saya akan poskan hadiahnya.

Saya pun terima komen dari kak Salbina yang sudah ada keempat-empat novel saya. Insya-ALLAH, akak boleh namakan novel penulis lain sebagai ganti. Saya tidak ada halangan. Kepada yang lain harap bersabar sedikit masa lagi kerana hambatan waktu membuatkan saya masih gagal menentukan tarikh sebenarnya penyampaian hadiah itu. Tidak ada niat di hati untuk mengelak kerana saya boleh mengirim sahaja hadiah itu tetapi seeloknya kalau ada satu majlis ringkas tentu indah.

Saya turut ingin menjemput orang-orang penting di Alaf 21 dan Alaf21 fc untuk memeriahkan majlis berkenaan kelak.

3 comments:

akimsensei said...

kakliza,akim rabu pg 22/5 dah balik hometown.xsmpt kot nk pergi ambil hadiah tu.;( kalau akak xleh pos,akim pi ambil by hand je la bila2 nanti, akim kt area Equin Park, Seri Kembangan je.

Liza said...

Akim,
Maaf akak terlepas pandang comment ni. Nampaknya akak kena postkan saja.

ShalbySalbina said...

Boleh pilih novel lain ya?
MENGGAMIT SYURGA FIRDAUS-Kamsiah Abu (tintarona). ok tak?
Hadiah saguhati ni pos ajelah ya...