Wednesday, January 20, 2010

SEINDAH SAKURA













Sinopsis: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. 

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. 

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. 

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar..

4 comments:

natrahnahar said...

assalam liza zahira
macam mana saya nak dapatkan novel seindah sakura?

Liza said...

salam boleh order online di mall.karangkraf.com atau di kedai buku atau dtg di kedai buku karangkrag di shah alam. kalau nak minta pos pun boleh. sila emel alamat dan nama penuh serta tel ke lizazahira@gmail.com

Liza said...

salam boleh order online di mall.karangkraf.com atau di kedai buku atau dtg di kedai buku karangkrag di shah alam. kalau nak minta pos pun boleh. sila emel alamat dan nama penuh serta tel ke lizazahira@gmail.com

Eea's Onestop said...

boleh juga dptkan dari maria - 0133301240