Saturday, August 8, 2009

Novel baru bakal menyusul

Alhamdulillah, saya sudah pun selesai menyiapkan novel terbaru saya. Novel sudah pun berada di tangan editor dan saya sedang menanti proses editing. Harap-harap dapatlah terbit tahun ini. Kalau tidak, insya-ALLAH awal tahun depan.
Sudah lama saya tidak update blog ini lebih-lebih sejak berFacebook. Anda boleh ikuti perkembangan saya dalam facebook atau sekadar ingin berchating. Taipkan saja www.facebook.com/lizaali.
Hmm...kembali ke novel terbaru saya yang saya berikat tajuk Jalur-jalur XXXXXX. Maaf tidak dapat dedahkan sepenuh tajuk tersebut sebab mungkin akan diubah juga nanti. Oleh itu saya berharap agar novel ini dapat diterima oleh peminat vovel tanahair. Novel ini saya dedikasikan kepada arwah nenek saya yang sangat saya rindui.
Tema yang saya bawakan kali ini ialah kisah remaja yang berjuang untuk meneruskan kehidupan dengan pelbagai cabaran perit getir yang terpaksa dilalui. Novel ini memang mencabar kehidupan remaja dan sesuai untuk semua yang pernah melalui zaman remaja. Hakikatnya novel ini untuk semua, tua muda, lelaki dan perempuan. Terimalah buah cinta saya dengan hati yang terbuka. Segala yang saya curahkan adalah lahir dari hati saya yang tulus.

Selepas ini saya akan menyiapkan buku umum dan seterusnya menulis sebuah lagi novel yang bakal diilhamkan daripada pengalaman hidup saya sendiri, gadis kampung yang cuba mengapai bintang. Salam sayang daripada saya, Liza Zahirah.

No comments: