AUTHOR, EDITOR, CONSULTANT, SCRIPT WRITER, WRITER, PARENTING, TRAVEL, EVENT, REVIEW, FOOD, SOCIAL MEDIA, LIFESTLYE, ADVERTORIAL, ISLAMIC POV
Friday, October 16, 2015
Setelah lama menyepi, hari ini saya kembali untuk bersama-sama anda demi sebuah perkongsian yang bermanfaat, insya-Allah.
Saudara/i, saya kini sedang menyiapkan sebuah E-book mini mengenai Bagaimana Membangunkan Bisnes Online yang Menguntungkan.
Di dalamnya nanti saya akan share beberapa teknik dan cara untuk anda memulakan bisnes online tanpa perlu bersusah-payah mencari seperti yang pernah saya lakukan dulu.
Saya akan ajar anda bagaimana hendak 'memancing di kolam yang banyak ikan.' Kita akan berseronok dan teruja dengan paparan itu kelak.
E-book mini ini akan saya berikan secara PERCUMA. Saya akan nyatakan tarikh bila ia akan diberikan secara percuma. Alert Fb saya juga.
Hingga berjumpa lagi,
Liza Ali
Rich Ideas Resources.
Saturday, November 20, 2010
Sinopsis : ANDAI KAU JODOHKU

| RIANA Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia. Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya. Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin. Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu! |
| Harga : RM 19.90 |
| Halaman :528 |
| ISBN : 978-983-124-589-7 |
