Astro Awani yang terletak di bangunan Bursa Saham membuatkan hati saya berkata-kata sendiri. Sebelum ini fikiran saya memang sering diasak untuk belajar dan memahami tentang pasaran saham. Kini secara tiba-tiba saya sudah tegak di depan bangunan agam ini. Tetapi tujuan saya berada di situ tidak ada kena mengena langsung dengan saham. Diam-diam saya akur...bahawa saya tidak boleh menidakkan saham dalam "hidup" saya. Mungkin kali ini saya datang sebagai penulis tetapi mana tahu saya akan datang lagi sebagai pelabur pula...
Pada jam 11.30 kami bertiga masuk ke dalam studio. Berita sedang disampaikan oleh jejaka tampan Astro. Dr. Rubiah mendahului giliran berbual bicara dengan Lina. Saya seronok menjadi pemerhati sambil melihat para petugas bekerja di balik tabir. Jam 11.40, Dr. Rubiah keluar dari set dan tempatnya diambil oleh saya.
Masa yang singkat saya gunakan untuk mempromosikan 3 novel yang sedia ada iaitu Impian Kasih, Cinta Rahsia dan Bahtera Kasih. Saya sangat senang berbicara dengan Lina. Caranya pantas dan bersahaja. Seronok berbicara, saya pelawakan diri untuk dijemput lagi. Sempat juga saya memperkenalkan blog saya .
Ini tambahan dalam entry sebab saya terlupa tentang promosi novel terbaru yang kini dalam proses editing di pihak Alaf21. Insya-ALLAH kalau tak ada melintang musim raya keluarlah buah cinta saya yang keempat tu. Saya pun ada kejutan untuk para peminat. Tunggu...
Sebenarnya memang sudah lama saya tidak berpeluang dibual bicara. Kali terakhir di RTM kira-kira 3 atau 4 tahun lalu. Untuk slot radio pula pun 2 tahun lepas.
Terima kasih buat Kak Wan & Fiza yang telah membantu merealisasikan misi penulis yang tidak sepertinya ini. Bye-bye...
3 comments:
Liza Zahira, terkilan sebab terlepas menonton. Ada perkara yang penting, akan dibincangkan selepas ini.
Ok tak ada masalah.
yang penting...saya berkenan bebenor dgn baju kurung akak! cantik betul!
Post a Comment